Showing posts with label Buletinku.... Show all posts
Showing posts with label Buletinku.... Show all posts

Sunday, September 6, 2009

SAHABAT TEATERKU...








Ini adalah antara wajah2 mereka yang bakal menjayakan teater "Aku, kau, kami, kita.....Bebas" yang akan berlangsung pada 23, 24 & 25 Oktober 2009 bertempat di Stor DBP. Pementasan bermula pada jangkaan 8.30 malam... Kepada yang berminat, silalah hadir ke lokasi dan tarikh yang dinyatakan...

Di sini Aku memperkenalkan mereka2 yang terlibat (dari atas ke bawah) :
1 - Yusrika aka Banat
2 - Azhana aka Anna
3 - Ayie aka Abg Ayie
4 - Airine aka Airin
5 - Zohri aka Bob
6 - Amir
7 - Nurul

8 - Mira
9 - Dalisya

Semoga pementasan berjalan lancar. Setakat ini, sesi latihan masih dijalankan. Penatnyer... Bulan puasa training...



Saturday, August 29, 2009

PRODUKSI TAPAK PELITA

Who???
oleh Fendy

Di sini Aku memuatkan para pelakon yang akan terlibat dalam pementasan teater :

"Aku, Kau, Kita, Kami.....bebas"

"Rojak & Cendol" karya Yusrika Bahar
Watak Raju - Amir
Watak Boon - Airine
Watak Limah - Nurul

"Sang Gajah & Sang Semut" karya Yusrika Bahar
Watak Gajah - Fendy
Watak Semut - *Penampilan ulung : Adik Dalisya & Adik Dalili
Tukang Karut - Farah Idayu

"Babak Akhir" karya Yusrika Bahar
Watak Tan Sri Mukhlis - Fendy
Watak Puan Sri Maya - Azhana
Watak Adam - Bob (Zohri)
Watak Hawa/Awan - Mira

Segala perubahan akan diberitahu kelak. Harap semuanya memberikan komitmen yang tinggi. Kepada yang berminat untuk menonton pementasan teater ini, bolehlah menghadirkan diri pada hari yang berkenaan:

Tarikh : 23, 24, 25 Oktober 2009
Masa : 8.30 malam - 10.30 malam
Lokasi : Stor Dewan Bahasa & Pustaka (DBP)

Semoga anda yang hadir terhibur dan berpuas hati...

PRODUKSI TAPAK PELITA

Sesi Latihan
oleh Fendy

Hye.... Seperti yg diberitahu, semlm dah dijalankan sesi latihan di flora damansara. Setakat nie, apa yang mampu Aku katakan, Aku sedey.... Komitmen yang diberikan oleh ahli-ahli kian merudum... Hmm.. Takpelah... Aku akan cuba yang terbaik utk memastikan semuanya berjalan dengan lancar...

Adakah Sinar Kan Layu

Semangat yang dalam
Kini makin kelam
Permulaan yang perih
Keringat kehujanan
Kata memainkan peranan
Percaya pada usaha
Percaya pada mereka
Akan tiba di situ
Tak kira masa
Tapi kini...
Kata tinggal kata...

Walau kudratku tak ampuh
Walau langkahku goyah
Walau hatiku lemas

Aku
Akan tetap berdiri
Akan tetap berlari
Akan tetap di sini
Menantikan satu kemampuan
Perjalanan masih di takuk kesusahan
Dalam kelam Aku sendirian
Menantikan
Satu sinar suluhan
Pada siapa lagi
Mampu kuberharap

Aku
Kini tidak mampu
Sendirian lagi...
Bersedih lagi...

Tapi bg Aku, sesi latihan semlm boleh dikata memuaskan... Aku bangga dengan kehadiran segelumat insan yang di situ membantu Aku yang makin tiada arah. Sekalung terima kasih Aku ucapkan kepada Kak Ana yang menjadi turut membantu. Kak Ana, terima kasih banyak2. Dirimu kukenang... Bagi yang hadir, terima kasih byk2. Especially kepada Bob (zohri) dan Nurul. Aku hrp kita Akan berjaya smpi ke hujungnya. Insyaallah...

Tuesday, August 25, 2009

PRODUKSI TAPAK PELITA

oleh Fendy

Makluman lanjut berkenaan dengan sesi latihan persembahan...
"Aku, Kau, Kita, Kami...bebas"

Sesi latihan teater seterusnya akan diadakan pada :

Tarikh : 28 Ogos 2009
Lokasi : Flora Damansara (rumah Azhana)
Jam : 8.30 mlm (pengecualian kepada mereka yang bertarawih)

Diharapkan kerjasama semua pihak yang terlibat utk pementasan utk hadir pada sesi latihan kali ini. Moga kehadiran yang diharapkan tidaklah mengecewakan dengan pelbagai alasan. Sesi latihan kali ini bertujuan utk script reading dan beberapa movement. Tolong tepati masa dan berikan komitmen yang sepenuhnya. Terima kasih... Jumpa nnt...

Friday, August 21, 2009

PRODUKSI TAPAK PELITA

Scriptreading

oleh Fendy

Pada 20/8/2009, Produksi “Tapak Pelita” telah memulakan sesi latihan dengan sesi pembacaan skrip yang mana melibatkan 11 orang ahli produksi iaitu Yusrika, Airene, Azhana, Ayie, Mira, Ameer, Suhaila, Haidi, Zeey, Sue dan Aku. Perjalanan sesi latihan yang berlangsung di Flora Damansara kali ini membuahkan hasil di mana pihak produksi telah berjaya dan bersedia untuk membuat persembahan pada bulan 10 tahun ini.

Maklum balas bagi penggemar-penggemar teater di serata Kuala Lumpur pula menyatakan hasrat yang positif di mana mereka akan turut serta memberikan semangat dan dorongan. Insyaallah… Mudah-mudahan kerja yang berlangsung ini akan memberikan kepuasan kepada tetamu yang hadir.

Jadi, nantikan saja persembahan dari Produksi “Tapak Pelita” yang bertemakan :

“Aku, Kau, Kita, Kami…Bebas”

Yang akan dipentaskan selama tiga hari berturut-turut, memuatkan kompilasi tiga teater pendek nukilan Yusrika bin Bahar iaitu :

“Cendol & Rojak”

“Sang Gajah & Sang Semut”

“Babak Akhir”

Jadi, kepada sesiapa yang berminat untuk menyaksikan pementasan ini bolehlah hadir pada tarikh-tarikh yang berkenaan :

23 – 25 Oktober 2009 (Cadangan)

Jam 8.30 hingga 10.30 malam

Bertempat di Stor Dewan Bahasa & Pustaka (DBP)

Hadirlah dan sama-samalah kita memeriahkan lagi majlis pada malam itu. Sebarang komen atau cadangan juga akan diterima. Insyaallah, sejurus selepas habis pementasan teater pada hari-hari yang berkenaan, Produksi “Tapak Pelita” akan membuka sesi soal jawab bersama para penonton. Semoga pementasan kali ini berjayalah hendaknya… Insyaallah…

Wednesday, August 19, 2009

PRODUKSI TAPAK PELITA

Perancangan "Tapak Pelita"
oleh Fendy

Bagi yang ingin tahu pasal perkembangan Produksi Tapak Pelita, sekarang nie semua ahli kumpulan sedang giat berusaha untuk pementasan teater yang bertemakan :

"Aku, Kau, Kami, Kita...bebas"

Pementasan teater yang berjalan kali ini akan memuatkan kompilasi teater nukilan Yusrika bin Bahar yang mana mengandungi 3 teater sekaligus yang dipentaskan dalam satu pementasan. Teater2 yang akan dibawa pada pementasan kali ini ialah :

"Cendol dan Rojak"
"Sang Gajah dan Sang Semut"
"Babak Akhir"

Kompilasi ketiga2 teater ini akan dipentaskan pada 23, 24 & 25 Oktober 2009 atau 30, 31, 1 Okt/Nov 2009. Insyaallah...
Kepada penggemar2 teater di luar sana bolehlah datang dan meramaikan lagi majlis pada hari berkenaan. Bagi yang berminat untuk menyertai Produksi Tapak Pelita pula, bolehlah berhubung terus dengan saya di blog ini ataupun emailkan ke rexinz_fend@yahoo.com. Untuk maklumat lanjut, jangan segan silu untuk bertanya. Heheheee....

PRODUKSI TAPAK PELITA

"pelitAmatur" ke "Tapak Pelita"
oleh Fendy

Pertubuhan "pelitAmatur" kini sudah pun bertukar kepada "Tapak Pelita". Perubahan atau rombakan yang dilakukan ini adalah hasil persetujuan ramai yang mana ingin hadir dengan satu elemen perubahan ke arah yang lebih baik. Ini bukanlah bermakna perubahan ini bakal merubah segala tampuk induk dan juga motif utama penubuhan produksi ini... Bagi yang berminat, dapatlah kiranya untuk memberikan info diri anda semua... Saya berharap moga usaha ini akan berjaya dan dapat melangkah jauh. Take care...

Tuesday, June 30, 2009

PRODUKSI TEATER BARU

"p e l i t A m a t u r"
oleh Fendy

"pelitAmatur" merupakan satu titik permulaan bagi penggemar-penggemar seni teater di luar yang mahukan secebis hak bahagian masing-masing untuk meluahkan hasrat dalam memperjuangkan seni tanah air ini iaitu... teater. Terdapat tafsiran yang mengatakan bahawa teater hanyalah sekadar lakonan. Tiba saatnya persepsi ini dirombak sepenuhnya. Teater mempunyai cabang atau skop yang luas... Antaranya, teater juga memerlukan seseorang yang mahir dalam pengurusan props, pengurusan teknikal, penataan bunyi, scenographer dan banyak lagi. Semuanya antara sedar atau tak. Penubuhan "pelitAmatur" ini sebenarnya akan cuba untuk memberi peluang bagi penggemar-penggemar seni terutamanya teater untuk bergerak dan melahirkan apa yang di rasa. Penubuhannya adalah penubuhan yang bermula dari benih yang kecil dengan harapan untuk menjadi pokok yang berakar teguh serta berbuah lebat. Mampukah "pelitAmatur"...??? Sama-sama kita nantikan kesudahannya. Kepada yang berminat, sila berikan maklum balas. Hehehee....