Showing posts with label manusia.... Show all posts
Showing posts with label manusia.... Show all posts

Thursday, September 3, 2009

DUNIA : REALITI ATAU FANTASI

oleh Fendy

Aku mengagumi kebesaran yang Maha Esa... Kejadian alam yang terpampang indah di mata menjadi ketaksuban kuasa yang Maha Kuasa. Tapi... Manusia? Pernahkah terfikir tentang kelebihan yang ada, pernahkah terdetik rasa kesyukuran, pernahkah terlintas erti kehidupan...

Manusia yang berlari mengejar kehidupan ini mampukah terbang di langit fantasi? Atau hanya akan berpijak di bumi realiti? Dalam sedar mahupun ilusi, manusia sebenarnya terus lena dalam ayunan kehidupan yang digelar DUNIA. Dunia...

Manusia ni sebenarnya kejam. Mereka mampu merubah dunia hanya dengan bermain kata-kata... Aku sendiri kalah dalam hidup Aku sendiri. Kadang-kadang, mulut mengata hanya sekadar untuk di pandang mulia oleh masyarakat akan tetapi cara yang digunakan dengan merendahkan dan memperlekehkan maruah orang lain. Apakah manusia sedar semua tu? Atau masih lagi dilemaskan oleh kepentingan diri. Masih lagi dalam realiti...atau fantasi...

Aku sendiri tak tahu di mana Aku berpijak. Masih mengharapkan sinar harapan yang mungkin tersedia. Atau hanya mungkin akan terus-terusan sengsara dalam nyata... Aku masih menantikan penghujungnya...

Masihkah ada sinar? Atau... Kilat menyambar mengikut nafsu?
Aku ini..... Di alam Fantasi atau Realiti?
Berikan Aku kekuatan...

Wednesday, August 19, 2009

MANUSIA atau MIMPI

Salah Siapa?
oleh Fendy

Manusia sekarang terus-terusan dibelenggu arus zaman yang semakin melonjak ibarat meraung mahukan kebebasan keluar dari kepompong dunia. Tetapi dalam kealpaan yang berlaku menjadikan manusia itu leka di buai alunan kehidupan. Tidak sesekali Aku menyalahkan arus permodenan dalam hal ini... Cuma... Ingin meluahkan rasa hati yang resah. Resah menantikan penghujung kehidupan yang sementara...

Ya...
Manusia itu insan
Insan itu pelupa
Tak disalahkan takdir
Ketentuan Illahi
Termaktub
Tersurat
Tersirat
Tapi manusia
Ingat mengingati
Agar tidak lupa diri
Bersihkan hati
Sucikan rohani
Perjalanan masih jauh
Siapa tahu apa di kejauhan
Buruk baiknya
Semua dalam tangan
Kita hanya merancang
Tapi Tuhan yang menentukan

Aku cuma nak amik masa untuk berfikir. Untuk sekalian manusia, bagi diri Aku yang sudah jauh dilemaskan kehidupan, hanyut dalam pergelutan diri. Aku sendiri tak tahu mana penghujungnya. Mana titik noktah...

Mungkin manusia tak sedar, kan?
Sekarang kita gembira, esok kita merana...
Sekarang kita sesat, esok kita jahil...
Sekarang kita ramai, esok kita satu...
Adakah manusia ini bermimpi? ...atau realiti ini adalah mimpi.

Aku ingin hidup. Sebagai manusia... juga hamba-Nya.
Salahnya...siapa???

Tuesday, June 30, 2009

SUSURI JALAN DUNIA

Sedarlah Sekalian Manusia
oleh Fendy

Bila memancing ikan....
Bersabarlah
Setelah ikan itu terlekat di mata kail
Ambillah terus ikan itu
Janganlah sesekali dilepaskan semula ke dalam air
Kerana ia akan sakit
Oleh kerana bisanya ketajaman mata kail
Dan mungkin
Ia akan menderita selagi ia masih hidup

Begitulah juga setelah memberi banyak pengharapan kepada seseorang
Setelah ia mula menyayangimu
Hendaklah kamu menjaga hatinya
Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya
Kerana dia akan terluka
Oleh kenangan dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya
Selagi dia mengingatinya

Bila menadah air...
Biarlah berpada
Jangan terlalu mengharap pada takungannya
Jangan menganggap ia begitu teguh
Cukuplah sekadar keperluan
Apabila sekali ia retak
Tentu sukar untuk menampalnya semula
Akhirnya
Ia dibuang
Sedangkan jika dibaiki
Mungkin ia masih boleh digunakan lagi
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang
Terimalah dia seadanya
Janganlah terlalu mengaguminya
Janganlah menganggapnya begitu istimewa
Anggaplah dia manusia biasa
Kerana apabila sekali dia melakukan kesilapan
Bukan mudah bagi untuk menerimanya
Akhirnya kecewa dan pergi darinya
Sedangkan jika dimaafkannya
Hubungan kamu akan berterusan
Hingga ke akhirnya

Bila memiliki sepinggan nasi...
Yang pasti baik untuk diri sendiri
Mengenyangkan dan berkhasiat
Mengapa berlengah
Cuba mencari makanan yang lain
Terlalu ingin mengejar kelazatan
Kelak nasi itu akan basi
Dan tidak boleh dimakan lagi
Kamu akan menyesal
Begitu juga jika bertemu dengan seorang insan
Yang pasti membawa kebaikan kepada diri sendiri
Menyayangi
Mengasihi
Mengapa berlengah
Cuba membandingkan dengan yang lain
Terlalu mengejar kesempurnaan
Kelak kamu akan kehilangan
apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yang akan menyesal