Tuesday, June 30, 2009

PRODUKSI TEATER BARU

"p e l i t A m a t u r"
oleh Fendy

"pelitAmatur" merupakan satu titik permulaan bagi penggemar-penggemar seni teater di luar yang mahukan secebis hak bahagian masing-masing untuk meluahkan hasrat dalam memperjuangkan seni tanah air ini iaitu... teater. Terdapat tafsiran yang mengatakan bahawa teater hanyalah sekadar lakonan. Tiba saatnya persepsi ini dirombak sepenuhnya. Teater mempunyai cabang atau skop yang luas... Antaranya, teater juga memerlukan seseorang yang mahir dalam pengurusan props, pengurusan teknikal, penataan bunyi, scenographer dan banyak lagi. Semuanya antara sedar atau tak. Penubuhan "pelitAmatur" ini sebenarnya akan cuba untuk memberi peluang bagi penggemar-penggemar seni terutamanya teater untuk bergerak dan melahirkan apa yang di rasa. Penubuhannya adalah penubuhan yang bermula dari benih yang kecil dengan harapan untuk menjadi pokok yang berakar teguh serta berbuah lebat. Mampukah "pelitAmatur"...??? Sama-sama kita nantikan kesudahannya. Kepada yang berminat, sila berikan maklum balas. Hehehee....

No comments:

Post a Comment