Sedarlah Sekalian Manusia
oleh Fendy
Bila memancing ikan....
Bersabarlah
Setelah ikan itu terlekat di mata kail
Ambillah terus ikan itu
Janganlah sesekali dilepaskan semula ke dalam air
Kerana ia akan sakit
Oleh kerana bisanya ketajaman mata kail
Dan mungkin
Ia akan menderita selagi ia masih hidup
Begitulah juga setelah memberi banyak pengharapan kepada seseorang
Setelah ia mula menyayangimu
Hendaklah kamu menjaga hatinya
Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya
Kerana dia akan terluka
Oleh kenangan dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya
Selagi dia mengingatinya
Bila menadah air...
Biarlah berpada
Jangan terlalu mengharap pada takungannya
Jangan menganggap ia begitu teguh
Cukuplah sekadar keperluan
Apabila sekali ia retak
Tentu sukar untuk menampalnya semula
Akhirnya
Ia dibuang
Sedangkan jika dibaiki
Mungkin ia masih boleh digunakan lagi
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang
Terimalah dia seadanya
Janganlah terlalu mengaguminya
Janganlah menganggapnya begitu istimewa
Anggaplah dia manusia biasa
Kerana apabila sekali dia melakukan kesilapan
Bukan mudah bagi untuk menerimanya
Akhirnya kecewa dan pergi darinya
Sedangkan jika dimaafkannya
Hubungan kamu akan berterusan
Hingga ke akhirnya
Bila memiliki sepinggan nasi...
Yang pasti baik untuk diri sendiri
Mengenyangkan dan berkhasiat
Mengapa berlengah
Cuba mencari makanan yang lain
Terlalu ingin mengejar kelazatan
Kelak nasi itu akan basi
Dan tidak boleh dimakan lagi
Kamu akan menyesal
Begitu juga jika bertemu dengan seorang insan
Yang pasti membawa kebaikan kepada diri sendiri
Menyayangi
Mengasihi
Mengapa berlengah
Cuba membandingkan dengan yang lain
Terlalu mengejar kesempurnaan
Kelak kamu akan kehilangan
apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yang akan menyesal
Tuesday, June 30, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment