Saturday, August 29, 2009

PRODUKSI TAPAK PELITA

Who???
oleh Fendy

Di sini Aku memuatkan para pelakon yang akan terlibat dalam pementasan teater :

"Aku, Kau, Kita, Kami.....bebas"

"Rojak & Cendol" karya Yusrika Bahar
Watak Raju - Amir
Watak Boon - Airine
Watak Limah - Nurul

"Sang Gajah & Sang Semut" karya Yusrika Bahar
Watak Gajah - Fendy
Watak Semut - *Penampilan ulung : Adik Dalisya & Adik Dalili
Tukang Karut - Farah Idayu

"Babak Akhir" karya Yusrika Bahar
Watak Tan Sri Mukhlis - Fendy
Watak Puan Sri Maya - Azhana
Watak Adam - Bob (Zohri)
Watak Hawa/Awan - Mira

Segala perubahan akan diberitahu kelak. Harap semuanya memberikan komitmen yang tinggi. Kepada yang berminat untuk menonton pementasan teater ini, bolehlah menghadirkan diri pada hari yang berkenaan:

Tarikh : 23, 24, 25 Oktober 2009
Masa : 8.30 malam - 10.30 malam
Lokasi : Stor Dewan Bahasa & Pustaka (DBP)

Semoga anda yang hadir terhibur dan berpuas hati...

PRODUKSI TAPAK PELITA

Sesi Latihan
oleh Fendy

Hye.... Seperti yg diberitahu, semlm dah dijalankan sesi latihan di flora damansara. Setakat nie, apa yang mampu Aku katakan, Aku sedey.... Komitmen yang diberikan oleh ahli-ahli kian merudum... Hmm.. Takpelah... Aku akan cuba yang terbaik utk memastikan semuanya berjalan dengan lancar...

Adakah Sinar Kan Layu

Semangat yang dalam
Kini makin kelam
Permulaan yang perih
Keringat kehujanan
Kata memainkan peranan
Percaya pada usaha
Percaya pada mereka
Akan tiba di situ
Tak kira masa
Tapi kini...
Kata tinggal kata...

Walau kudratku tak ampuh
Walau langkahku goyah
Walau hatiku lemas

Aku
Akan tetap berdiri
Akan tetap berlari
Akan tetap di sini
Menantikan satu kemampuan
Perjalanan masih di takuk kesusahan
Dalam kelam Aku sendirian
Menantikan
Satu sinar suluhan
Pada siapa lagi
Mampu kuberharap

Aku
Kini tidak mampu
Sendirian lagi...
Bersedih lagi...

Tapi bg Aku, sesi latihan semlm boleh dikata memuaskan... Aku bangga dengan kehadiran segelumat insan yang di situ membantu Aku yang makin tiada arah. Sekalung terima kasih Aku ucapkan kepada Kak Ana yang menjadi turut membantu. Kak Ana, terima kasih banyak2. Dirimu kukenang... Bagi yang hadir, terima kasih byk2. Especially kepada Bob (zohri) dan Nurul. Aku hrp kita Akan berjaya smpi ke hujungnya. Insyaallah...

Tuesday, August 25, 2009

PRODUKSI TAPAK PELITA

oleh Fendy

Makluman lanjut berkenaan dengan sesi latihan persembahan...
"Aku, Kau, Kita, Kami...bebas"

Sesi latihan teater seterusnya akan diadakan pada :

Tarikh : 28 Ogos 2009
Lokasi : Flora Damansara (rumah Azhana)
Jam : 8.30 mlm (pengecualian kepada mereka yang bertarawih)

Diharapkan kerjasama semua pihak yang terlibat utk pementasan utk hadir pada sesi latihan kali ini. Moga kehadiran yang diharapkan tidaklah mengecewakan dengan pelbagai alasan. Sesi latihan kali ini bertujuan utk script reading dan beberapa movement. Tolong tepati masa dan berikan komitmen yang sepenuhnya. Terima kasih... Jumpa nnt...

LIRIK YANG TERSIRAT

oleh Fendy

Aku cuma terkenangkan sebuah lagu. Liriknya...

Izinkan Aku pergi
Apa lagi yang hendak kau tangisi
Semogalah penggantiku
Dapat lebih mengerti hatimu

Memang berat ku rasa
Meninggalkan kasih yang ku cinta
Namun bagaimana lagi
Semuanya harus ku jalani

Selamat tinggal
Ku doakan kau selalu bahagia
Hanya pesanku
Jangan lupa kirimkan khabarmu

Bila di suatu hari
Dia membuat kecewa di hati
Batin ini takkan rela
Mendengarmu
Hidup menderita

lagu : Izinkan Aku pergi
penyanyi : Broery Marantika

Fahami maksud tersirat dalam lirik nie. Ibarat menyelami hati yang sepi...

AIR MATAKU...

oleh Fendy

Mungkin apa yang terjadi hanyalah suratan takdir yang Aku sendiri tak tahu apakah jalan yang Aku pilih ini betul atau salah...

Dalam pada mata memandang, dalam pada telinga mendengar, dalam pada mulut mengata... Semuanya jelas...

Tapi di hati..?

Siapa yang tahu...???
Kesayuan yang melanda diri hanya di telan mentah2.
Hati merintih, merayu sebak dalam diam.
Menerima takdir yang pahit.
Kejujuran dipermainkan.
Hanya yang tinggal...

Kenangan...

SAHABAT TEATERKU...














Ini antara gmbr2 yang masih segar dalam otak Aku nie... Best sgt2 kenangan berteater bersama-sama... Miss all of my team...

APA ITU TEATER?

oleh Fendy

Sekarang ini ada perbalahan tentang apakah sebenarnya keperluan sesuatu produksi teater. Ramai berpendapat yang teater sebenar hanyalah berlakon... Semua persepsi ini perlulah dirombak semua. Ini kerana.. teater bukan hanya berasaskan lakonan. Di sini Aku nak explain sikit la ttg apa itu teater... Teater antaranya termasuklah...:

- Lakonan
- Nyanyian
- Tarian
- Pengarahan
- Penulisan skrip
- Penulisan lirik
- Pengurus pentas
- Penataan cahaya
- Penataan bunyi
- Pengurusan pentas
- Pengurusan persembahan
- Pengurusan teknikal
- Pengurusan props
- Pengurusan promosi

...dan banyak lagi. Kalau nak disenaraikn, agak kelam kabut juga la. Apakata jika ada sebarang pertanyaan, leh la ty. Tak payah segan silu. Hehe... Jdi harapnya, bleh la kita perluaskan sket minda kita ke arah teater. Anda berminat untuk menyertai??? Please leave me a msg...

KENANGAN KURSUS JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR (JPK)





Semua ni kenangan Aku dengan team senat kolej yang lain. Aku saja nk kongsi kenangan Aku dalam blog nie. Pengalaman sesuatu yang indah tapi kenangan akan sentiasa bersemadi di hati.

Monday, August 24, 2009

CERITAKU

oleh Fendy

Aku nak bgtau kt korang suma. Psl TEAMBUILDING AND MOTIVATION.

Aku nak inform kepada sape2 yg nak buwat program motivasi, blehlah kiranya anda mencari di panggilan hp : 012-9010709 (Major Azmi) utk berurusan dengannya... Ini adalah syarikat yang lama ditubuhkan dan berdaftar. Kumpulan ini ialah CEKAL KEMBARA & ADVENTURE. Perlukan latihan motivasi??? Nie ada blog yang disediakan. Leh tinggalkan pesanan : majorazmicekal.blogspot.com

Friday, August 21, 2009

PRODUKSI TAPAK PELITA

Scriptreading

oleh Fendy

Pada 20/8/2009, Produksi “Tapak Pelita” telah memulakan sesi latihan dengan sesi pembacaan skrip yang mana melibatkan 11 orang ahli produksi iaitu Yusrika, Airene, Azhana, Ayie, Mira, Ameer, Suhaila, Haidi, Zeey, Sue dan Aku. Perjalanan sesi latihan yang berlangsung di Flora Damansara kali ini membuahkan hasil di mana pihak produksi telah berjaya dan bersedia untuk membuat persembahan pada bulan 10 tahun ini.

Maklum balas bagi penggemar-penggemar teater di serata Kuala Lumpur pula menyatakan hasrat yang positif di mana mereka akan turut serta memberikan semangat dan dorongan. Insyaallah… Mudah-mudahan kerja yang berlangsung ini akan memberikan kepuasan kepada tetamu yang hadir.

Jadi, nantikan saja persembahan dari Produksi “Tapak Pelita” yang bertemakan :

“Aku, Kau, Kita, Kami…Bebas”

Yang akan dipentaskan selama tiga hari berturut-turut, memuatkan kompilasi tiga teater pendek nukilan Yusrika bin Bahar iaitu :

“Cendol & Rojak”

“Sang Gajah & Sang Semut”

“Babak Akhir”

Jadi, kepada sesiapa yang berminat untuk menyaksikan pementasan ini bolehlah hadir pada tarikh-tarikh yang berkenaan :

23 – 25 Oktober 2009 (Cadangan)

Jam 8.30 hingga 10.30 malam

Bertempat di Stor Dewan Bahasa & Pustaka (DBP)

Hadirlah dan sama-samalah kita memeriahkan lagi majlis pada malam itu. Sebarang komen atau cadangan juga akan diterima. Insyaallah, sejurus selepas habis pementasan teater pada hari-hari yang berkenaan, Produksi “Tapak Pelita” akan membuka sesi soal jawab bersama para penonton. Semoga pementasan kali ini berjayalah hendaknya… Insyaallah…

Wednesday, August 19, 2009

PRODUKSI TAPAK PELITA

Perancangan "Tapak Pelita"
oleh Fendy

Bagi yang ingin tahu pasal perkembangan Produksi Tapak Pelita, sekarang nie semua ahli kumpulan sedang giat berusaha untuk pementasan teater yang bertemakan :

"Aku, Kau, Kami, Kita...bebas"

Pementasan teater yang berjalan kali ini akan memuatkan kompilasi teater nukilan Yusrika bin Bahar yang mana mengandungi 3 teater sekaligus yang dipentaskan dalam satu pementasan. Teater2 yang akan dibawa pada pementasan kali ini ialah :

"Cendol dan Rojak"
"Sang Gajah dan Sang Semut"
"Babak Akhir"

Kompilasi ketiga2 teater ini akan dipentaskan pada 23, 24 & 25 Oktober 2009 atau 30, 31, 1 Okt/Nov 2009. Insyaallah...
Kepada penggemar2 teater di luar sana bolehlah datang dan meramaikan lagi majlis pada hari berkenaan. Bagi yang berminat untuk menyertai Produksi Tapak Pelita pula, bolehlah berhubung terus dengan saya di blog ini ataupun emailkan ke rexinz_fend@yahoo.com. Untuk maklumat lanjut, jangan segan silu untuk bertanya. Heheheee....

ADUHHH....

oleh Fendy

Aku tengah berfikir ni. Macamana nak jadi kaya..? Macamana nak hidup senang? Ada duit byk... Keta besar... Rumah besar... Macamana ek??? pening dah Aku nak fikirkan. Tolong...!!!

By the way, di kesempatan ini Aku nak ucapkan jutaan terima kasih la kepada sesiapa yang melayari blog Aku nie.. Maaf la. Xbyk info pun. Cuma nak belajar guna IT. Nnt takdelah org leh tipu Aku pasal IT ataupun leh la Aku cakap Aku pandai guna IT. Haahahahaaahhhaaaaa..........
Thanks kepada semua yang bagi support kat blog Aku nie. Dan jangan lupa tinggalkan komen dan pesanan Anda semua. Bosan juga takde geng yang b gkomen. At least klau ade, leh tambah kenalan. HAhahahahahhhaaaaaahahahahhaaaaa........


Salam perkenalan pada semua.

MANUSIA atau MIMPI

Salah Siapa?
oleh Fendy

Manusia sekarang terus-terusan dibelenggu arus zaman yang semakin melonjak ibarat meraung mahukan kebebasan keluar dari kepompong dunia. Tetapi dalam kealpaan yang berlaku menjadikan manusia itu leka di buai alunan kehidupan. Tidak sesekali Aku menyalahkan arus permodenan dalam hal ini... Cuma... Ingin meluahkan rasa hati yang resah. Resah menantikan penghujung kehidupan yang sementara...

Ya...
Manusia itu insan
Insan itu pelupa
Tak disalahkan takdir
Ketentuan Illahi
Termaktub
Tersurat
Tersirat
Tapi manusia
Ingat mengingati
Agar tidak lupa diri
Bersihkan hati
Sucikan rohani
Perjalanan masih jauh
Siapa tahu apa di kejauhan
Buruk baiknya
Semua dalam tangan
Kita hanya merancang
Tapi Tuhan yang menentukan

Aku cuma nak amik masa untuk berfikir. Untuk sekalian manusia, bagi diri Aku yang sudah jauh dilemaskan kehidupan, hanyut dalam pergelutan diri. Aku sendiri tak tahu mana penghujungnya. Mana titik noktah...

Mungkin manusia tak sedar, kan?
Sekarang kita gembira, esok kita merana...
Sekarang kita sesat, esok kita jahil...
Sekarang kita ramai, esok kita satu...
Adakah manusia ini bermimpi? ...atau realiti ini adalah mimpi.

Aku ingin hidup. Sebagai manusia... juga hamba-Nya.
Salahnya...siapa???

PRODUKSI TAPAK PELITA

"pelitAmatur" ke "Tapak Pelita"
oleh Fendy

Pertubuhan "pelitAmatur" kini sudah pun bertukar kepada "Tapak Pelita". Perubahan atau rombakan yang dilakukan ini adalah hasil persetujuan ramai yang mana ingin hadir dengan satu elemen perubahan ke arah yang lebih baik. Ini bukanlah bermakna perubahan ini bakal merubah segala tampuk induk dan juga motif utama penubuhan produksi ini... Bagi yang berminat, dapatlah kiranya untuk memberikan info diri anda semua... Saya berharap moga usaha ini akan berjaya dan dapat melangkah jauh. Take care...