Saturday, August 29, 2009

PRODUKSI TAPAK PELITA

Sesi Latihan
oleh Fendy

Hye.... Seperti yg diberitahu, semlm dah dijalankan sesi latihan di flora damansara. Setakat nie, apa yang mampu Aku katakan, Aku sedey.... Komitmen yang diberikan oleh ahli-ahli kian merudum... Hmm.. Takpelah... Aku akan cuba yang terbaik utk memastikan semuanya berjalan dengan lancar...

Adakah Sinar Kan Layu

Semangat yang dalam
Kini makin kelam
Permulaan yang perih
Keringat kehujanan
Kata memainkan peranan
Percaya pada usaha
Percaya pada mereka
Akan tiba di situ
Tak kira masa
Tapi kini...
Kata tinggal kata...

Walau kudratku tak ampuh
Walau langkahku goyah
Walau hatiku lemas

Aku
Akan tetap berdiri
Akan tetap berlari
Akan tetap di sini
Menantikan satu kemampuan
Perjalanan masih di takuk kesusahan
Dalam kelam Aku sendirian
Menantikan
Satu sinar suluhan
Pada siapa lagi
Mampu kuberharap

Aku
Kini tidak mampu
Sendirian lagi...
Bersedih lagi...

Tapi bg Aku, sesi latihan semlm boleh dikata memuaskan... Aku bangga dengan kehadiran segelumat insan yang di situ membantu Aku yang makin tiada arah. Sekalung terima kasih Aku ucapkan kepada Kak Ana yang menjadi turut membantu. Kak Ana, terima kasih banyak2. Dirimu kukenang... Bagi yang hadir, terima kasih byk2. Especially kepada Bob (zohri) dan Nurul. Aku hrp kita Akan berjaya smpi ke hujungnya. Insyaallah...

No comments:

Post a Comment