Monday, September 14, 2009

14 September...

oleh Fendy

Kadang2 kita cukup bertuah dan gembira bila datangnya hari2 tertentu. Antaranya, Hari Raya Aidilfitri, New Year, Hari Anniversary dan macam2 lagi termasuklah...hari lahir. Siapa yang tak seronok dan gembira menyambut hari jadi mereka. Ada yang melompat2... Ada yang berguling2... Ada yang menari2... Ada yang senyum sepanjang hari (psl dapat call free 1hari)...
Tapi...
Boleh ke kita kata setiap hari jadi tu sebenarnya hari yang menggembirakan? Atau bagi sesetengah manusia pula ada yang mengatakan yang hari jadinya bagaikan tiada apa... Di mana letaknya kegembiraan hari jadi bila ianya tak dirai? Di mana letaknya keseronokan hari jadi bila ianya tak disambut? Di mana letaknya hari jadi bila ia hanya melukakan hati?
Aku,
Bukan nak mengkritik hari jadi. Dan bukan juga nak mempersoalkannya. Cuma...
14 September itu menjadi tanda kepadaku...
Tanda segala kesedihan akan berlaku...
Tanda hati bakal terluka lagi kerana...
14 September itu...
Ialah hari lahirku...

No comments:

Post a Comment