Saturday, July 9, 2011
I'm Back
Monday, September 14, 2009
14 September...
Tapi...
Boleh ke kita kata setiap hari jadi tu sebenarnya hari yang menggembirakan? Atau bagi sesetengah manusia pula ada yang mengatakan yang hari jadinya bagaikan tiada apa... Di mana letaknya kegembiraan hari jadi bila ianya tak dirai? Di mana letaknya keseronokan hari jadi bila ianya tak disambut? Di mana letaknya hari jadi bila ia hanya melukakan hati?
Aku,
Bukan nak mengkritik hari jadi. Dan bukan juga nak mempersoalkannya. Cuma...
14 September itu menjadi tanda kepadaku...
Tanda segala kesedihan akan berlaku...
Tanda hati bakal terluka lagi kerana...
14 September itu...
Ialah hari lahirku...
Saturday, September 12, 2009
RAMADHAN AL-MUBARAK
Nampaknya bulan penuh keberkatan bakal meninggalkan kita dalam beberapa hari saja lagi... Akan bermulalah kembali kehidupan manusia seperti sediakala...
Sesungguhnya di dalam bulan yang mulia ini akan menjadikan kita lebih sedar dan percaya tentang keagunganNya...
Bersamalah kita mencari keredhaan dan keampunan dariNya...
Nantikanlah malam penuh 1000 kesenangan...
Malam Lailatul Qadar...
Aku
Akan Aku kenang Ramadhanku pada kali ini sesungguhnya dalam kegembiraan hadirnya kedukaan yang Aku alami sepanjang Ramadhanku yang tercinta...
Selamat tinggal wahai bulan kekasihku...
Selamat tinggal bulan penuh pengertian...
Selamat tinggal Ramadhan Al-Mubarak...
Salam perjumpaan, Syawal yang disayangi...
AIR MATAKU...
Kalimah agung yang menggambarkan peribadi.
Sendiri meratapi diri...
Aku masih di sini. Masih sama... Masih lagi sebagai Aku...
Tuesday, September 8, 2009
MAAF...
Ibu
Maafkan segala tingkah lakuku
Halalkan segala makan minumku
Terima kasih kerana melahirkanku
Ayah
Maafkan segala kelakuan burukku
Halalkan segala pemberianmu
Terima kasih kerana menjaga dan membesarkanku
Kakak2 & adik2
Maafkan segala perbuatan hinaku
Halalkan segala kasih darimu
Terima kasih kerana menyokongku
Rakan2
Maafkan segala kajahatanku
Halalkan segala perhatian yang dicurahkan padaku
Terima kasih kerana mengenangku
Kasihku
Maafkan segala dosa2ku
Halalkan segala sayang darimu
Terima kasih kerana pernah hadir dalam hidupku
Maafkan Aku...
Maafkan Aku...
Maafkan Aku...
AKU DALAM DIRIKU
Antara nyawa dan harapan
Mencari di mana letaknya hati
Hilang lesap tanpa sebarang ilusi
Nadiku berdetik
Darah kebanjiran
Fikiranku kini hancur
Pandanganku hitam
Nafasku terhenti
Aku kini
Mati
Cik Ayu menari
Abang Ali menangisi
Orang kampung kegelisahan
Melihat Ali
Hidup bagaikan mati
Menantikan satu pengakhiran
Masih samar di kejauhan
Cik Ayu terus melupakan
Abang Ali terus mengingatkan
Orang kampung berlari
Tinggallah Ali
Bersendiri tanpa kaki
Mati dimamah masa yang berlalu
Ali kini sendiri
Di manakah Ayu?
Sunday, September 6, 2009
SAHABAT TEATERKU...
2 - Azhana aka Anna
3 - Ayie aka Abg Ayie
4 - Airine aka Airin
5 - Zohri aka Bob
6 - Amir
7 - Nurul
8 - Mira
9 - Dalisya
LIRIK YANG TERSIRAT
Kau cinta terakhirku
Tiada kata yang bisa
Menafikan kasih kita
Kau ayu di mataku
Satu dalam seribu
Tiada tara di dunia
Mungkinkan terputus di tengah jalan
Mungkinkan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir
Mungkin kitakan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ketentuan tuhan...
Penyanyi : Aiman
Saturday, September 5, 2009
KENAPA???
Sendirian mencari arah
Samar kelihatan malap
Pudar lusuh
Reput dimamah waktu
Apa saja di hadapan
Aku
Semakin lemah
Semangat hilang
Perih pedih sedih
Berdiri lumpuh
Tak berdaya
Tak bermaya
Tak bernyawa
Aku
Mati di tengah noktah terakhirku...
Thursday, September 3, 2009
DUNIA : REALITI ATAU FANTASI
Manusia yang berlari mengejar kehidupan ini mampukah terbang di langit fantasi? Atau hanya akan berpijak di bumi realiti? Dalam sedar mahupun ilusi, manusia sebenarnya terus lena dalam ayunan kehidupan yang digelar DUNIA. Dunia...
Manusia ni sebenarnya kejam. Mereka mampu merubah dunia hanya dengan bermain kata-kata... Aku sendiri kalah dalam hidup Aku sendiri. Kadang-kadang, mulut mengata hanya sekadar untuk di pandang mulia oleh masyarakat akan tetapi cara yang digunakan dengan merendahkan dan memperlekehkan maruah orang lain. Apakah manusia sedar semua tu? Atau masih lagi dilemaskan oleh kepentingan diri. Masih lagi dalam realiti...atau fantasi...
Aku sendiri tak tahu di mana Aku berpijak. Masih mengharapkan sinar harapan yang mungkin tersedia. Atau hanya mungkin akan terus-terusan sengsara dalam nyata... Aku masih menantikan penghujungnya...
Masihkah ada sinar? Atau... Kilat menyambar mengikut nafsu?
Aku ini..... Di alam Fantasi atau Realiti?
Berikan Aku kekuatan...
3 SEPT 2009
oleh Fendy
Merintih... Merayu... Menangis...
Aku terduduk kaku di sudut hujung lopak dunia...
Apa lagi saki baki yang tinggal untuk Aku..?
Apa lagi yang ada..?
Ada dan Tiada
Bila ada,
Semuanya indah,
Bila tiada,
Hidup punah kelam...
Masih ingat lagikah?
Pada hari-hari mentari di ufuk...
Pada madah berhias irama...
Pada hati panas membara...
Waktu gembira diselit sayang...
Sekarang?
Tiada apa yang tinggal...
Di saat...
Mentari di senjakala.....
Sebelum malam datang menjemput,
Sebelum maut datang bertandang...
Aku dalam kesedihan...
Mengenangkan nasib diri...
Aku...
Sedih lagi...
Saturday, August 29, 2009
PRODUKSI TAPAK PELITA
oleh Fendy
Watak Boon - Airine
Watak Limah - Nurul
"Sang Gajah & Sang Semut" karya Yusrika Bahar
Watak Semut - *Penampilan ulung : Adik Dalisya & Adik Dalili
Tukang Karut - Farah Idayu
"Babak Akhir" karya Yusrika Bahar
Watak Puan Sri Maya - Azhana
Watak Adam - Bob (Zohri)
Watak Hawa/Awan - Mira
Masa : 8.30 malam - 10.30 malam
Lokasi : Stor Dewan Bahasa & Pustaka (DBP)
PRODUKSI TAPAK PELITA
oleh Fendy
Semangat yang dalam
Kini makin kelam
Permulaan yang perih
Keringat kehujanan
Kata memainkan peranan
Percaya pada usaha
Percaya pada mereka
Akan tiba di situ
Tak kira masa
Tapi kini...
Kata tinggal kata...
Walau kudratku tak ampuh
Walau langkahku goyah
Walau hatiku lemas
Aku
Akan tetap berdiri
Akan tetap berlari
Akan tetap di sini
Menantikan satu kemampuan
Perjalanan masih di takuk kesusahan
Dalam kelam Aku sendirian
Menantikan
Satu sinar suluhan
Pada siapa lagi
Mampu kuberharap
Aku
Kini tidak mampu
Sendirian lagi...
Bersedih lagi...
Tuesday, August 25, 2009
PRODUKSI TAPAK PELITA
Tarikh : 28 Ogos 2009
Lokasi : Flora Damansara (rumah Azhana)
Jam : 8.30 mlm (pengecualian kepada mereka yang bertarawih)
LIRIK YANG TERSIRAT
Apa lagi yang hendak kau tangisi
Semogalah penggantiku
Dapat lebih mengerti hatimu
Memang berat ku rasa
Meninggalkan kasih yang ku cinta
Namun bagaimana lagi
Semuanya harus ku jalani
Selamat tinggal
Ku doakan kau selalu bahagia
Hanya pesanku
Jangan lupa kirimkan khabarmu
Bila di suatu hari
Dia membuat kecewa di hati
Batin ini takkan rela
Mendengarmu
Hidup menderita
penyanyi : Broery Marantika
AIR MATAKU...
Mungkin apa yang terjadi hanyalah suratan takdir yang Aku sendiri tak tahu apakah jalan yang Aku pilih ini betul atau salah...
Dalam pada mata memandang, dalam pada telinga mendengar, dalam pada mulut mengata... Semuanya jelas...
Tapi di hati..?
Siapa yang tahu...???
Kesayuan yang melanda diri hanya di telan mentah2.
Hati merintih, merayu sebak dalam diam.
Menerima takdir yang pahit.
Kejujuran dipermainkan.
Hanya yang tinggal...
Kenangan...
SAHABAT TEATERKU...
APA ITU TEATER?
- Nyanyian
- Tarian
- Pengarahan
- Penulisan skrip
- Penulisan lirik
- Pengurus pentas
- Penataan cahaya
- Penataan bunyi
- Pengurusan pentas
- Pengurusan persembahan
- Pengurusan teknikal
- Pengurusan props
- Pengurusan promosi
KENANGAN KURSUS JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR (JPK)
Monday, August 24, 2009
CERITAKU
Aku nak inform kepada sape2 yg nak buwat program motivasi, blehlah kiranya anda mencari di panggilan hp : 012-9010709 (Major Azmi) utk berurusan dengannya... Ini adalah syarikat yang lama ditubuhkan dan berdaftar. Kumpulan ini ialah CEKAL KEMBARA & ADVENTURE. Perlukan latihan motivasi??? Nie ada blog yang disediakan. Leh tinggalkan pesanan : majorazmicekal.blogspot.com
Friday, August 21, 2009
PRODUKSI TAPAK PELITA
Scriptreading
oleh Fendy
Pada 20/8/2009, Produksi “Tapak Pelita” telah memulakan sesi latihan dengan sesi pembacaan skrip yang mana melibatkan 11 orang ahli produksi iaitu Yusrika, Airene, Azhana, Ayie, Mira, Ameer, Suhaila, Haidi, Zeey, Sue dan Aku. Perjalanan sesi latihan yang berlangsung di Flora Damansara kali ini membuahkan hasil di mana pihak produksi telah berjaya dan bersedia untuk membuat persembahan pada bulan 10 tahun ini.
Maklum balas bagi penggemar-penggemar teater di serata Kuala Lumpur pula menyatakan hasrat yang positif di mana mereka akan turut serta memberikan semangat dan dorongan. Insyaallah… Mudah-mudahan kerja yang berlangsung ini akan memberikan kepuasan kepada tetamu yang hadir.
Jadi, nantikan saja persembahan dari Produksi “Tapak Pelita” yang bertemakan :
“Aku, Kau, Kita, Kami…Bebas”
Yang akan dipentaskan selama tiga hari berturut-turut, memuatkan kompilasi tiga teater pendek nukilan Yusrika bin Bahar iaitu :
“Cendol & Rojak”
“Sang Gajah & Sang Semut”
“Babak Akhir”
Jadi, kepada sesiapa yang berminat untuk menyaksikan pementasan ini bolehlah hadir pada tarikh-tarikh yang berkenaan :
23 – 25 Oktober 2009 (Cadangan)
Jam 8.30 hingga 10.30 malam
Bertempat di Stor Dewan Bahasa & Pustaka (DBP)
Hadirlah dan sama-samalah kita memeriahkan lagi majlis pada malam itu. Sebarang komen atau cadangan juga akan diterima. Insyaallah, sejurus selepas habis pementasan teater pada hari-hari yang berkenaan, Produksi “Tapak Pelita” akan membuka sesi soal jawab bersama para penonton. Semoga pementasan kali ini berjayalah hendaknya… Insyaallah…
Wednesday, August 19, 2009
PRODUKSI TAPAK PELITA
oleh Fendy
"Sang Gajah dan Sang Semut"
"Babak Akhir"
Kepada penggemar2 teater di luar sana bolehlah datang dan meramaikan lagi majlis pada hari berkenaan. Bagi yang berminat untuk menyertai Produksi Tapak Pelita pula, bolehlah berhubung terus dengan saya di blog ini ataupun emailkan ke rexinz_fend@yahoo.com. Untuk maklumat lanjut, jangan segan silu untuk bertanya. Heheheee....
ADUHHH....
By the way, di kesempatan ini Aku nak ucapkan jutaan terima kasih la kepada sesiapa yang melayari blog Aku nie.. Maaf la. Xbyk info pun. Cuma nak belajar guna IT. Nnt takdelah org leh tipu Aku pasal IT ataupun leh la Aku cakap Aku pandai guna IT. Haahahahaaahhhaaaaa..........
Thanks kepada semua yang bagi support kat blog Aku nie. Dan jangan lupa tinggalkan komen dan pesanan Anda semua. Bosan juga takde geng yang b gkomen. At least klau ade, leh tambah kenalan. HAhahahahahhhaaaaaahahahahhaaaaa........
Salam perkenalan pada semua.
MANUSIA atau MIMPI
oleh Fendy
Manusia itu insan
Insan itu pelupa
Tak disalahkan takdir
Ketentuan Illahi
Termaktub
Tersurat
Tersirat
Tapi manusia
Ingat mengingati
Agar tidak lupa diri
Bersihkan hati
Sucikan rohani
Perjalanan masih jauh
Siapa tahu apa di kejauhan
Buruk baiknya
Semua dalam tangan
Kita hanya merancang
Tapi Tuhan yang menentukan
Sekarang kita gembira, esok kita merana...
Sekarang kita sesat, esok kita jahil...
Sekarang kita ramai, esok kita satu...
Adakah manusia ini bermimpi? ...atau realiti ini adalah mimpi.
Salahnya...siapa???
PRODUKSI TAPAK PELITA
oleh Fendy
Pertubuhan "pelitAmatur" kini sudah pun bertukar kepada "Tapak Pelita". Perubahan atau rombakan yang dilakukan ini adalah hasil persetujuan ramai yang mana ingin hadir dengan satu elemen perubahan ke arah yang lebih baik. Ini bukanlah bermakna perubahan ini bakal merubah segala tampuk induk dan juga motif utama penubuhan produksi ini... Bagi yang berminat, dapatlah kiranya untuk memberikan info diri anda semua... Saya berharap moga usaha ini akan berjaya dan dapat melangkah jauh. Take care...
Wednesday, July 8, 2009
INDAHNYA SENI TANAH AIR
oleh Fendy
By the way, Aku bukan nak cakap pasal banat. Aku nak cakap pasal apa yang jadi kat Aku hari ni. Lepas habis jer recording untuk "Cucu The Muzikal" tu... Eh?!! "Cuci The Muzikal" laa... Habis je recording, Aku terus pergi ke Taman Budaya Kuala Lumpur. Ada persembahan teater. Aku pergi dengan Banat. Dia yang ajak. Kitorang sampai awal kat sana. So, kitorang gi la makan-makan dulu. Habis je makan, kitorang cepat-cepat patah balik ke Taman Budaya. Sampai-sampai, diorang dah start. Apa boleh buat... tengok je la. TETAPI... yang kitorang tengok tu bukan teater. Arrrggghhhhh.....!!!!! Tipah tertipu! Moral down tuh...
Dengan muka ala-ala kambing kena sebat, Aku dengan Banat pun pergi la stor DBP. Cadang nak tengok latihan kumpulan teater STEFANI (Kak Farah yang bagitau). Tapi kebetulan ada persembahan teater perdana kat dewan DBP. "Intan yang tercanai", karya Sasterawan Negara, arahan Dato' Noordin Hassan. Puas.. Memang puas... Rugi la pada siapa-siapa yang tak tengok. Haha...
Panorama dunia... Kadang-kadang kita tak rancang tentang apa yang berlaku. Kedukaan, kepedihan, kesedihan, keperihan, kelukaan... Semuanya mampu menggugat pendirian kita sebagai manusia. Tapi di sebalik kesengsaraan itu, terselit kegembiraan yang tak dapat di gambarkan. Kegembiraan...
Apa yang sebenarnya dikiaskan tentang panorama dunia? Hurm... Manusia hanya tinggal antara yang sedar mahupun tidak. Kehidupan ini, adalah panorama. Panorama dunia yang tertulis atas kewujudan diri kita. Inilah panorama... Tunggulah. Akan Aku sajikan rohani korang tentang dunia yang kita sendiri lupa dan tak tahu mana hala tuju yang sempurna...
Tuesday, June 30, 2009
PRODUKSI TEATER BARU
oleh Fendy
"pelitAmatur" merupakan satu titik permulaan bagi penggemar-penggemar seni teater di luar yang mahukan secebis hak bahagian masing-masing untuk meluahkan hasrat dalam memperjuangkan seni tanah air ini iaitu... teater. Terdapat tafsiran yang mengatakan bahawa teater hanyalah sekadar lakonan. Tiba saatnya persepsi ini dirombak sepenuhnya. Teater mempunyai cabang atau skop yang luas... Antaranya, teater juga memerlukan seseorang yang mahir dalam pengurusan props, pengurusan teknikal, penataan bunyi, scenographer dan banyak lagi. Semuanya antara sedar atau tak. Penubuhan "pelitAmatur" ini sebenarnya akan cuba untuk memberi peluang bagi penggemar-penggemar seni terutamanya teater untuk bergerak dan melahirkan apa yang di rasa. Penubuhannya adalah penubuhan yang bermula dari benih yang kecil dengan harapan untuk menjadi pokok yang berakar teguh serta berbuah lebat. Mampukah "pelitAmatur"...??? Sama-sama kita nantikan kesudahannya. Kepada yang berminat, sila berikan maklum balas. Hehehee....
SUSURI JALAN DUNIA
oleh Fendy
Bila memancing ikan....
Bersabarlah
Setelah ikan itu terlekat di mata kail
Ambillah terus ikan itu
Janganlah sesekali dilepaskan semula ke dalam air
Kerana ia akan sakit
Oleh kerana bisanya ketajaman mata kail
Dan mungkin
Ia akan menderita selagi ia masih hidup
Begitulah juga setelah memberi banyak pengharapan kepada seseorang
Setelah ia mula menyayangimu
Hendaklah kamu menjaga hatinya
Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya
Kerana dia akan terluka
Oleh kenangan dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya
Selagi dia mengingatinya
Bila menadah air...
Biarlah berpada
Jangan terlalu mengharap pada takungannya
Jangan menganggap ia begitu teguh
Cukuplah sekadar keperluan
Apabila sekali ia retak
Tentu sukar untuk menampalnya semula
Akhirnya
Ia dibuang
Sedangkan jika dibaiki
Mungkin ia masih boleh digunakan lagi
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang
Terimalah dia seadanya
Janganlah terlalu mengaguminya
Janganlah menganggapnya begitu istimewa
Anggaplah dia manusia biasa
Kerana apabila sekali dia melakukan kesilapan
Bukan mudah bagi untuk menerimanya
Akhirnya kecewa dan pergi darinya
Sedangkan jika dimaafkannya
Hubungan kamu akan berterusan
Hingga ke akhirnya
Bila memiliki sepinggan nasi...
Yang pasti baik untuk diri sendiri
Mengenyangkan dan berkhasiat
Mengapa berlengah
Cuba mencari makanan yang lain
Terlalu ingin mengejar kelazatan
Kelak nasi itu akan basi
Dan tidak boleh dimakan lagi
Kamu akan menyesal
Begitu juga jika bertemu dengan seorang insan
Yang pasti membawa kebaikan kepada diri sendiri
Menyayangi
Mengasihi
Mengapa berlengah
Cuba membandingkan dengan yang lain
Terlalu mengejar kesempurnaan
Kelak kamu akan kehilangan
apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yang akan menyesal