Kadang2 kita cukup bertuah dan gembira bila datangnya hari2 tertentu. Antaranya, Hari Raya Aidilfitri, New Year, Hari Anniversary dan macam2 lagi termasuklah...hari lahir. Siapa yang tak seronok dan gembira menyambut hari jadi mereka. Ada yang melompat2... Ada yang berguling2... Ada yang menari2... Ada yang senyum sepanjang hari (psl dapat call free 1hari)... Tapi... Boleh ke kita kata setiap hari jadi tu sebenarnya hari yang menggembirakan? Atau bagi sesetengah manusia pula ada yang mengatakan yang hari jadinya bagaikan tiada apa... Di mana letaknya kegembiraan hari jadi bila ianya tak dirai? Di mana letaknya keseronokan hari jadi bila ianya tak disambut? Di mana letaknya hari jadi bila ia hanya melukakan hati? Aku, Bukan nak mengkritik hari jadi. Dan bukan juga nak mempersoalkannya. Cuma... 14 September itu menjadi tanda kepadaku... Tanda segala kesedihan akan berlaku... Tanda hati bakal terluka lagi kerana... 14 September itu... Ialah hari lahirku...
Nampaknya bulan penuh keberkatan bakal meninggalkan kita dalam beberapa hari saja lagi... Akan bermulalah kembali kehidupan manusia seperti sediakala... Sesungguhnya di dalam bulan yang mulia ini akan menjadikan kita lebih sedar dan percaya tentang keagunganNya... Bersamalah kita mencari keredhaan dan keampunan dariNya... Nantikanlah malam penuh 1000 kesenangan... Malam Lailatul Qadar...
Aku Akan Aku kenang Ramadhanku pada kali ini sesungguhnya dalam kegembiraan hadirnya kedukaan yang Aku alami sepanjang Ramadhanku yang tercinta... Selamat tinggal wahai bulan kekasihku... Selamat tinggal bulan penuh pengertian... Selamat tinggal Ramadhan Al-Mubarak...
Aku kini dalam pergelutan Antara nyawa dan harapan Mencari di mana letaknya hati Hilang lesap tanpa sebarang ilusi Nadiku berdetik Darah kebanjiran Fikiranku kini hancur Pandanganku hitam Nafasku terhenti Aku kini Mati
Mengapa mesti Aku jadi sebegini? Cik Ayu menari Abang Ali menangisi Orang kampung kegelisahan Melihat Ali Hidup bagaikan mati Menantikan satu pengakhiran Masih samar di kejauhan Cik Ayu terus melupakan Abang Ali terus mengingatkan Orang kampung berlari Tinggallah Ali Bersendiri tanpa kaki Mati dimamah masa yang berlalu Ali kini sendiri Di manakah Ayu?
Ini adalah antara wajah2 mereka yang bakal menjayakan teater "Aku, kau, kami, kita.....Bebas" yang akan berlangsung pada 23, 24 & 25 Oktober 2009 bertempat di Stor DBP. Pementasan bermula pada jangkaan 8.30 malam... Kepada yang berminat, silalah hadir ke lokasi dan tarikh yang dinyatakan...
Di sini Aku memperkenalkan mereka2 yang terlibat (dari atas ke bawah) :
1 - Yusrika aka Banat 2 - Azhana aka Anna 3 - Ayie aka Abg Ayie 4 - Airine aka Airin 5 - Zohri aka Bob 6 - Amir 7 - Nurul 8 - Mira 9 - Dalisya
Semoga pementasan berjalan lancar. Setakat ini, sesi latihan masih dijalankan. Penatnyer... Bulan puasa training...
Aku mengagumi kebesaran yang Maha Esa... Kejadian alam yang terpampang indah di mata menjadi ketaksuban kuasa yang Maha Kuasa. Tapi... Manusia? Pernahkah terfikir tentang kelebihan yang ada, pernahkah terdetik rasa kesyukuran, pernahkah terlintas erti kehidupan...
Manusia yang berlari mengejar kehidupan ini mampukah terbang di langit fantasi? Atau hanya akan berpijak di bumi realiti? Dalam sedar mahupun ilusi, manusia sebenarnya terus lena dalam ayunan kehidupan yang digelar DUNIA. Dunia...
Manusia ni sebenarnya kejam. Mereka mampu merubah dunia hanya dengan bermain kata-kata... Aku sendiri kalah dalam hidup Aku sendiri. Kadang-kadang, mulut mengata hanya sekadar untuk di pandang mulia oleh masyarakat akan tetapi cara yang digunakan dengan merendahkan dan memperlekehkan maruah orang lain. Apakah manusia sedar semua tu? Atau masih lagi dilemaskan oleh kepentingan diri. Masih lagi dalam realiti...atau fantasi...
Aku sendiri tak tahu di mana Aku berpijak. Masih mengharapkan sinar harapan yang mungkin tersedia. Atau hanya mungkin akan terus-terusan sengsara dalam nyata... Aku masih menantikan penghujungnya...
Masihkah ada sinar? Atau... Kilat menyambar mengikut nafsu? Aku ini..... Di alam Fantasi atau Realiti? Berikan Aku kekuatan...
Hati Aku sedih sangat hari ni... Merintih... Merayu... Menangis... Aku terduduk kaku di sudut hujung lopak dunia... Apa lagi saki baki yang tinggal untuk Aku..? Apa lagi yang ada..?
Ada dan Tiada Bila ada, Semuanya indah, Bila tiada, Hidup punah kelam...
Masih ingat lagikah? Pada hari-hari mentari di ufuk... Pada madah berhias irama... Pada hati panas membara... Waktu gembira diselit sayang... Sekarang? Tiada apa yang tinggal... Di saat... Mentari di senjakala..... Sebelum malam datang menjemput, Sebelum maut datang bertandang...
Aku dalam kesedihan... Mengenangkan nasib diri... Aku... Sedih lagi...
Di sini Aku memuatkan para pelakon yang akan terlibat dalam pementasan teater :
"Aku, Kau, Kita, Kami.....bebas"
"Rojak & Cendol"karya Yusrika Bahar
Watak Raju - Amir Watak Boon - Airine Watak Limah - Nurul
"Sang Gajah & Sang Semut"karya Yusrika Bahar
Watak Gajah - Fendy Watak Semut - *Penampilan ulung : Adik Dalisya & Adik Dalili Tukang Karut -Farah Idayu
"Babak Akhir"karya Yusrika Bahar
Watak Tan Sri Mukhlis -Fendy Watak Puan Sri Maya - Azhana Watak Adam - Bob (Zohri) Watak Hawa/Awan -Mira
Segala perubahan akan diberitahu kelak. Harap semuanya memberikan komitmen yang tinggi. Kepada yang berminat untuk menonton pementasan teater ini, bolehlah menghadirkan diri pada hari yang berkenaan:
Tarikh : 23, 24, 25 Oktober 2009 Masa : 8.30 malam - 10.30 malam Lokasi : Stor Dewan Bahasa & Pustaka (DBP)
Semoga anda yang hadir terhibur dan berpuas hati...
Hye.... Seperti yg diberitahu, semlm dah dijalankan sesi latihan di flora damansara. Setakat nie, apa yang mampu Aku katakan, Aku sedey.... Komitmen yang diberikan oleh ahli-ahli kian merudum... Hmm.. Takpelah... Aku akan cuba yang terbaik utk memastikan semuanya berjalan dengan lancar...
Adakah Sinar Kan Layu
Semangat yang dalam Kini makin kelam Permulaan yang perih Keringat kehujanan Kata memainkan peranan Percaya pada usaha Percaya pada mereka Akan tiba di situ Tak kira masa Tapi kini... Kata tinggal kata...
Walau kudratku tak ampuh Walau langkahku goyah Walau hatiku lemas
Aku Akan tetap berdiri Akan tetap berlari Akan tetap di sini Menantikan satu kemampuan Perjalanan masih di takuk kesusahan Dalam kelam Aku sendirian Menantikan Satu sinar suluhan Pada siapa lagi Mampu kuberharap
Aku Kini tidak mampu Sendirian lagi... Bersedih lagi...
Tapi bg Aku, sesi latihan semlm boleh dikata memuaskan... Aku bangga dengan kehadiran segelumat insan yang di situ membantu Aku yang makin tiada arah. Sekalung terima kasih Aku ucapkan kepada Kak Ana yang menjadi turut membantu. Kak Ana, terima kasih banyak2. Dirimu kukenang... Bagi yang hadir, terima kasih byk2. Especially kepada Bob (zohri) dan Nurul. Aku hrp kita Akan berjaya smpi ke hujungnya. Insyaallah...
Makluman lanjut berkenaan dengan sesi latihan persembahan...
"Aku, Kau, Kita, Kami...bebas"
Sesi latihan teater seterusnya akan diadakan pada :
Tarikh : 28 Ogos 2009 Lokasi : Flora Damansara (rumah Azhana) Jam : 8.30 mlm (pengecualian kepada mereka yang bertarawih)
Diharapkan kerjasama semua pihak yang terlibat utk pementasan utk hadir pada sesi latihan kali ini. Moga kehadiran yang diharapkan tidaklah mengecewakan dengan pelbagai alasan. Sesi latihan kali ini bertujuan utk script reading dan beberapa movement. Tolong tepati masa dan berikan komitmen yang sepenuhnya. Terima kasih... Jumpa nnt...
Mungkin apa yang terjadi hanyalah suratan takdir yang Aku sendiri tak tahu apakah jalan yang Aku pilih ini betul atau salah...
Dalam pada mata memandang, dalam pada telinga mendengar, dalam pada mulut mengata... Semuanya jelas...
Tapi di hati..?
Siapa yang tahu...??? Kesayuan yang melanda diri hanya di telan mentah2. Hati merintih, merayu sebak dalam diam. Menerima takdir yang pahit. Kejujuran dipermainkan. Hanya yang tinggal...
Sekarang ini ada perbalahan tentang apakah sebenarnya keperluan sesuatu produksi teater. Ramai berpendapat yang teater sebenar hanyalah berlakon... Semua persepsi ini perlulah dirombak semua. Ini kerana.. teater bukan hanya berasaskan lakonan. Di sini Aku nak explain sikit la ttg apa itu teater... Teater antaranya termasuklah...:
...dan banyak lagi. Kalau nak disenaraikn, agak kelam kabut juga la. Apakata jika ada sebarang pertanyaan, leh la ty. Tak payah segan silu. Hehe... Jdi harapnya, bleh la kita perluaskan sket minda kita ke arah teater. Anda berminat untuk menyertai??? Please leave me a msg...
Semua ni kenangan Aku dengan team senat kolej yang lain. Aku saja nk kongsi kenangan Aku dalam blog nie. Pengalaman sesuatu yang indah tapi kenangan akan sentiasa bersemadi di hati.
Aku nak bgtau kt korang suma. Psl TEAMBUILDING AND MOTIVATION.
Aku nak inform kepada sape2 yg nak buwat program motivasi, blehlah kiranya anda mencari di panggilan hp : 012-9010709 (Major Azmi) utk berurusan dengannya... Ini adalah syarikat yang lama ditubuhkan dan berdaftar. Kumpulan ini ialah CEKAL KEMBARA & ADVENTURE. Perlukan latihan motivasi??? Nie ada blog yang disediakan. Leh tinggalkan pesanan : majorazmicekal.blogspot.com
Pada 20/8/2009, Produksi “Tapak Pelita” telah memulakan sesi latihan dengan sesi pembacaan skrip yang mana melibatkan 11 orang ahli produksi iaitu Yusrika, Airene, Azhana, Ayie, Mira, Ameer, Suhaila, Haidi, Zeey, Sue dan Aku. Perjalanan sesi latihan yang berlangsung di Flora Damansara kali ini membuahkan hasil di mana pihak produksi telah berjaya dan bersedia untuk membuat persembahan pada bulan 10 tahun ini.
Maklum balas bagi penggemar-penggemar teater di serata Kuala Lumpur pula menyatakan hasrat yang positif di mana mereka akan turut serta memberikan semangat dan dorongan. Insyaallah… Mudah-mudahan kerja yang berlangsung ini akan memberikan kepuasan kepada tetamu yang hadir.
Jadi, nantikan saja persembahan dari Produksi “Tapak Pelita” yang bertemakan :
“Aku, Kau, Kita, Kami…Bebas”
Yang akan dipentaskan selama tiga hari berturut-turut, memuatkan kompilasi tiga teater pendek nukilan Yusrika bin Bahar iaitu :
“Cendol & Rojak”
“Sang Gajah & Sang Semut”
“Babak Akhir”
Jadi, kepada sesiapa yang berminat untuk menyaksikan pementasan ini bolehlah hadir pada tarikh-tarikh yang berkenaan :
23 – 25 Oktober 2009 (Cadangan)
Jam 8.30 hingga 10.30 malam
Bertempat di Stor Dewan Bahasa & Pustaka (DBP)
Hadirlah dan sama-samalah kita memeriahkan lagi majlis pada malam itu. Sebarang komen atau cadangan juga akan diterima. Insyaallah, sejurus selepas habis pementasan teater pada hari-hari yang berkenaan, Produksi “Tapak Pelita” akan membuka sesi soal jawab bersama para penonton. Semoga pementasan kali ini berjayalah hendaknya… Insyaallah…
Bagi yang ingin tahu pasal perkembangan Produksi Tapak Pelita, sekarang nie semua ahli kumpulan sedang giat berusaha untuk pementasan teater yang bertemakan :
"Aku, Kau, Kami, Kita...bebas"
Pementasan teater yang berjalan kali ini akan memuatkan kompilasi teater nukilan Yusrika bin Bahar yang mana mengandungi 3 teater sekaligus yang dipentaskan dalam satu pementasan. Teater2 yang akan dibawa pada pementasan kali ini ialah :
"Cendol dan Rojak" "Sang Gajah dan Sang Semut" "Babak Akhir"
Kompilasi ketiga2 teater ini akan dipentaskan pada 23, 24 & 25 Oktober 2009 atau 30, 31, 1 Okt/Nov 2009. Insyaallah... Kepada penggemar2 teater di luar sana bolehlah datang dan meramaikan lagi majlis pada hari berkenaan. Bagi yang berminat untuk menyertai Produksi Tapak Pelita pula, bolehlah berhubung terus dengan saya di blog ini ataupun emailkan ke rexinz_fend@yahoo.com. Untuk maklumat lanjut, jangan segan silu untuk bertanya. Heheheee....
Aku tengah berfikir ni. Macamana nak jadi kaya..? Macamana nak hidup senang? Ada duit byk... Keta besar... Rumah besar... Macamana ek??? pening dah Aku nak fikirkan. Tolong...!!!
By the way, di kesempatan ini Aku nak ucapkan jutaan terima kasih la kepada sesiapa yang melayari blog Aku nie.. Maaf la. Xbyk info pun. Cuma nak belajar guna IT. Nnt takdelah org leh tipu Aku pasal IT ataupun leh la Aku cakap Aku pandai guna IT. Haahahahaaahhhaaaaa.......... Thanks kepada semua yang bagi support kat blog Aku nie. Dan jangan lupa tinggalkan komen dan pesanan Anda semua. Bosan juga takde geng yang b gkomen. At least klau ade, leh tambah kenalan. HAhahahahahhhaaaaaahahahahhaaaaa........
Manusia sekarang terus-terusan dibelenggu arus zaman yang semakin melonjak ibarat meraung mahukan kebebasan keluar dari kepompong dunia. Tetapi dalam kealpaan yang berlaku menjadikan manusia itu leka di buai alunan kehidupan. Tidak sesekali Aku menyalahkan arus permodenan dalam hal ini... Cuma... Ingin meluahkan rasa hati yang resah. Resah menantikan penghujung kehidupan yang sementara...
Ya... Manusia itu insan Insan itu pelupa Tak disalahkan takdir Ketentuan Illahi Termaktub Tersurat Tersirat Tapi manusia Ingat mengingati Agar tidak lupa diri Bersihkan hati Sucikan rohani Perjalanan masih jauh Siapa tahu apa di kejauhan Buruk baiknya Semua dalam tangan Kita hanya merancang Tapi Tuhan yang menentukan
Aku cuma nak amik masa untuk berfikir. Untuk sekalian manusia, bagi diri Aku yang sudah jauh dilemaskan kehidupan, hanyut dalam pergelutan diri. Aku sendiri tak tahu mana penghujungnya. Mana titik noktah...
Mungkin manusia tak sedar, kan? Sekarang kita gembira, esok kita merana... Sekarang kita sesat, esok kita jahil... Sekarang kita ramai, esok kita satu... Adakah manusia ini bermimpi? ...atau realiti ini adalah mimpi.
Aku ingin hidup. Sebagai manusia... juga hamba-Nya. Salahnya...siapa???
Pertubuhan "pelitAmatur" kini sudah pun bertukar kepada "Tapak Pelita". Perubahan atau rombakan yang dilakukan ini adalah hasil persetujuan ramai yang mana ingin hadir dengan satu elemen perubahan ke arah yang lebih baik. Ini bukanlah bermakna perubahan ini bakal merubah segala tampuk induk dan juga motif utama penubuhan produksi ini... Bagi yang berminat, dapatlah kiranya untuk memberikan info diri anda semua... Saya berharap moga usaha ini akan berjaya dan dapat melangkah jauh. Take care...
Hari ini adalah satu hari yang memenatkan buat Aku. Aku berjalan di sekitar panorama Kuala Lumpur yang membuatkan Aku terpegun. Nak tahu cerita??? Hurm... Hari ni Aku terlibat dengan recording untuk teater muzikaldi bawah Hans Isaac Production dan di bawah arahan Dato' Zahim Al-Bakhri. They are wonderful... Dato' Zahim, Douglas Lim, Rudy, my few friends like Kak Farah, Kak Ayu, Mus, Zulkhairi dan tak lupa juga kat Yusrika aka Banat.Banat, gudluck to you... All the best for your future. Semoga Pertubuhan "pelitAmatur" Selangor & Kuala Lumpur berjaya, Insyaallah...
By the way, Aku bukan nak cakap pasal banat. Aku nak cakap pasal apa yang jadi kat Aku hari ni. Lepas habis jer recording untuk "Cucu The Muzikal" tu... Eh?!! "Cuci The Muzikal" laa... Habis je recording, Aku terus pergi ke Taman Budaya Kuala Lumpur. Ada persembahan teater. Aku pergi dengan Banat. Dia yang ajak. Kitorang sampai awal kat sana. So, kitorang gi la makan-makan dulu. Habis je makan, kitorang cepat-cepat patah balik ke Taman Budaya. Sampai-sampai, diorang dah start. Apa boleh buat... tengok je la. TETAPI... yang kitorang tengok tu bukan teater. Arrrggghhhhh.....!!!!! Tipah tertipu! Moral down tuh...
Dengan muka ala-ala kambing kena sebat, Aku dengan Banat pun pergi la stor DBP. Cadang nak tengok latihan kumpulan teater STEFANI (Kak Farah yang bagitau). Tapi kebetulan ada persembahan teater perdana kat dewan DBP. "Intan yang tercanai", karya Sasterawan Negara, arahan Dato' Noordin Hassan. Puas.. Memang puas... Rugi la pada siapa-siapa yang tak tengok. Haha...
Panorama dunia... Kadang-kadang kita tak rancang tentang apa yang berlaku. Kedukaan, kepedihan, kesedihan, keperihan, kelukaan... Semuanya mampu menggugat pendirian kita sebagai manusia. Tapi di sebalik kesengsaraan itu, terselit kegembiraan yang tak dapat di gambarkan. Kegembiraan...
Apa yang sebenarnya dikiaskan tentang panorama dunia? Hurm... Manusia hanya tinggal antara yang sedar mahupun tidak. Kehidupan ini, adalah panorama. Panorama dunia yang tertulis atas kewujudan diri kita. Inilah panorama... Tunggulah. Akan Aku sajikan rohani korang tentang dunia yang kita sendiri lupa dan tak tahu mana hala tuju yang sempurna...
"pelitAmatur" merupakan satu titik permulaan bagi penggemar-penggemar seni teater di luar yang mahukan secebis hak bahagian masing-masing untuk meluahkan hasrat dalam memperjuangkan seni tanah air ini iaitu... teater. Terdapat tafsiran yang mengatakan bahawa teater hanyalah sekadar lakonan. Tiba saatnya persepsi ini dirombak sepenuhnya. Teater mempunyai cabang atau skop yang luas... Antaranya, teater juga memerlukan seseorang yang mahir dalam pengurusan props, pengurusan teknikal, penataan bunyi, scenographer dan banyak lagi. Semuanya antara sedar atau tak. Penubuhan "pelitAmatur" ini sebenarnya akan cuba untuk memberi peluang bagi penggemar-penggemar seni terutamanya teater untuk bergerak dan melahirkan apa yang di rasa. Penubuhannya adalah penubuhan yang bermula dari benih yang kecil dengan harapan untuk menjadi pokok yang berakar teguh serta berbuah lebat. Mampukah "pelitAmatur"...??? Sama-sama kita nantikan kesudahannya. Kepada yang berminat, sila berikan maklum balas. Hehehee....
Bila memancing ikan.... Bersabarlah Setelah ikan itu terlekat di mata kail Ambillah terus ikan itu Janganlah sesekali dilepaskan semula ke dalam air Kerana ia akan sakit Oleh kerana bisanya ketajaman mata kail Dan mungkin Ia akan menderita selagi ia masih hidup Begitulah juga setelah memberi banyak pengharapan kepada seseorang Setelah ia mula menyayangimu Hendaklah kamu menjaga hatinya Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya Kerana dia akan terluka Oleh kenangan dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya Selagi dia mengingatinya
Bila menadah air... Biarlah berpada Jangan terlalu mengharap pada takungannya Jangan menganggap ia begitu teguh Cukuplah sekadar keperluan Apabila sekali ia retak Tentu sukar untuk menampalnya semula Akhirnya Ia dibuang Sedangkan jika dibaiki Mungkin ia masih boleh digunakan lagi Begitu juga jika kamu memiliki seseorang Terimalah dia seadanya Janganlah terlalu mengaguminya Janganlah menganggapnya begitu istimewa Anggaplah dia manusia biasa Kerana apabila sekali dia melakukan kesilapan Bukan mudah bagi untuk menerimanya Akhirnya kecewa dan pergi darinya Sedangkan jika dimaafkannya Hubungan kamu akan berterusan Hingga ke akhirnya
Bila memiliki sepinggan nasi... Yang pasti baik untuk diri sendiri Mengenyangkan dan berkhasiat Mengapa berlengah Cuba mencari makanan yang lain Terlalu ingin mengejar kelazatan Kelak nasi itu akan basi Dan tidak boleh dimakan lagi Kamu akan menyesal Begitu juga jika bertemu dengan seorang insan Yang pasti membawa kebaikan kepada diri sendiri Menyayangi Mengasihi Mengapa berlengah Cuba membandingkan dengan yang lain Terlalu mengejar kesempurnaan Kelak kamu akan kehilangan apabila dia menjadi milik orang lain Kamu juga yang akan menyesal
Aku merupakan seorang pelajar UiTM. Sekarang di Shah Alam dan sebelumnya di Segamat, Johor. Aku menetap di Ampang. Taman Ampang Indah... Kepada yang mengenali, Aku doakan kesejahteraan. Yang ingin mengenali, salam perkenalan. Dirimu kuhargai...